Friday, February 29, 2008

Gaji

Kerajaan Persekutuan membelanjakan sejumlah wang sebagai emolumens and persaraan pemimpin Negara, sebagaimana yang diluluskan Parlimen. Ini termasuk elauns kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan sekelian anggota eksekutif dan Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Negara).

Elauns untuk DYMM SPB YDP Agong:

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Ini bajet tahunan untuk SPB YDP Agong. Ianya akan dibayar secara bulanan kepada SPB YDP Agong. Selain dari elaun untuk SPB YDP Agong ni, mereka masih dapat elaun DYMM Sultan dari negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM 360,000.00 (bulanan adalah RM 30,000.00).
2. Elaun kerajaan - RM 120,000.00 (bulanan sebanyak RM 10,000.00)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM 144,000.00 (bulanan sebanyak RM 12,000.00)

Maka, jumlah elauns sebulan SPB YDP Agong adalah sebanyak RM 52,000.00

Elauns untuk DYMM SPB Raja Permaisuri Agong:

1. Privy Purse - RM 67,200,00 (RM 5,600,00 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM 21,600.00 (RM 1,800.00 sebulan).

Maka, jumlah elauns sebulan SPB Raja Permaisuri Agong dapat ialah RM 7,400.00

Selain daripada tu, setiap tahun SPB YDP Agong dapat peruntukan lebih RM 53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dan kakitangan istana. Pecahan bajetnya adalah seperti berikut:

1. Perbelanjaan istana, keraian dan sambutan tetamu - RM 52,259,100.00

2. Gaji kakitangan istana - RM 1,004,880.00

Elauns mantan SPB YDP Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong

Elaun untuk mantan SPB YDP Agong dan mantan Raja Permaisuri Agong (Termaktub dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006).

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada mantan SPB YDP Agong dan mantan SPB Raja Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk mantan SPB YDP Agong - RM 15,180.00 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk mantan Raja Permaisuri Agong - RM 4,500.00 sebulan.

Pencen khas untuk balu SPB YDP Agong

Ini adalah pencen untuk balu SPB YDP Agong. Bermakna kalau seorang SPB YDP Agong itu mangkat semasa dalam takhta, maka balu baginda (yang juga SPB Raja Permaisuri Agong) akan dapat pencen ini, termaktub di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Inilah elauns yang dinikmati balu SPB YDP Agong yang mangkat semasa diatas takhta:

1. Pencen seumur hidup - RM 4,500.00 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM 250,000.00 untuk motorkar. Imbuhan tambahan RM 2,590.87 sebulan untuk pemandu dan penyelengaraan motorkar juga dinikmati.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM 750,000.

Elaun DYMM Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat bagi setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja, yang diluluskan Dewan Undang Negeri masing masing. Ini contoh untuk Kedah. Secara asasnya, ianya dipraktikan di negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga jumlah dan nilainya.

1. Elaun Sultan - RM 52,600.00 sebulan
2. Elaun keraian Sultan - RM 15,480.00 sebulan

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM 68,080.00

Untuk Sultanah pula elaunnya adalah

1. Elaun Sultanah - RM 12,000.00 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM 2,600.00 sebulan.

Jumlah elaun Sultanah ialah RM 14,600.00 sebulan



Elaun lain lain untuk kerabat ialah:

Raja Muda - RM 13,000.00
Raja Puan Muda - RM 5,200.00
Tunku Bendahara - RM 4,000.00
Isteri Tunku Bendahara - RM 1,250.00
Tunku Temenggung - RM 3,500.00
Isteri Tunku Temenggung - RM 900.00
Tunku Laksamana - RM 3,000.00
Isteri Tunku Laksamana - RM 600.00

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat elauns juga. Contoh macam anakanda anakanda Sultan dapat elauns RM 1,000.00 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat elauns sebanyak RM 500.00 sebulan.


Gaji dan elauns untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:

Perdana Menteri - RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet - RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri - RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan

Ahli Dewan Negara - RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat - RM 4,112.79

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, maka pendapatan sebulan beliau adalah:

= RM 22,826.65 + (RM 14,907.20 x 2) + RM 4,112.79
= RM 56,753.84 sebulan

Formula untuk pengiraan elauns mantan Ahli Parlimen.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40 . Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuiti:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Read More...

Monday, December 17, 2007

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung

Oleh Orang Ringgit Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! Orang Ringgit kami menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini.

#1: Berhenti merokok "Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu."
--Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28 Orang Ringgit: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!

#2: Bawa bekalan ke tempat kerja "Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu."
--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36 Orang Ringgit: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!

#3: Cuci kereta sendiri "Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta."
--Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26 Orang Ringgit: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.

#4: Beriadah di rumah "Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan."
--Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25 Orang Ringgit: RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu.

#5: Bayar bil kredit kad pada masanya "Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi."
--Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23 Orang Ringgit: Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun.



Sepuluh Tabiat Mudah Menabung
Oleh Orang Ringgit

#6: Ajar anak anda sendiri "Saya mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah, berusia antara tujuh hingga 11 tahun. Saya ajar mereka sendiri daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen. Saya dapat jimatkan kira-kira RM360 sebulan."
--Puan Kannan, penulis bebas. Umur: 42 Orang Ringgit: Sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat menabung RM4,320 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti.

#7: Lepak di gerai "teh tarik" daripada di restoran yang mahal "Dulu saya dan kawan-kawan saya suka melepak di restoran yang trendy pada hujung minggu dan kami menghabiskan hampir RM50 setiap minggu. Sekarang, kami lepak di gerai teh tarik dan membelanjakan hanya RM10 seminggu.
--Sofiana, pelajar. Umur: 18 Orang Ringgit: Belilah barangan tempatan dan jimatkan RM2,080 setahun.

#8: Kurangkan penggunaan elektrik "Keluarga saya sentiasa cuba mengurangkan penggunaan elektrik di rumah kami. Kami gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Kami berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 kepada RM120 sebulan."
--Puan Cheah, suri rumah. Umur: 47 Orang Ringgit: Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1,320 setahun.

#9: Rancang pembelian barangan dapur "Apabila saya membeli barangan dapur, saya sentiasa berbelanja melebihi jumlah yang diperuntukkan dengan membeli keropok, minuman dalam tin dan gula-gula. Tahun ini, saya berusaha untuk mengikut senarai yang saya buat dan berjaya menjimatkan RM80 sebulan."
--Dina, penjual bunga. Umur: 33 Orang Ringgit: Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM960 setahun.

#10: Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian "Saya bayar hampir kesemua bil saya menggunakan kemudahan Internet. Saya dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan."
--Rajesh Nair, Jurutera Perisian. Umur: 28 Orang Ringgit: Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. Tetapi berhati-hati ketika menggunakan Internet.

Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit dan bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk melabur di pasaran modal!

p/s: copy & paste jek ni..but good tips to financial free person...

Read More...

Saturday, November 10, 2007

Read More...

Biodata

Aku Adalah AKu Dan Tetap Aku...

Read More...

Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com. Best view with firefox.